Cryptocurrency

Cryptocurrency sedang hangat diperkatakan ketika ini. Ada yang mengatakan ia adalah bubble dan akan pecah pada bila-bila masa. Jika perkara ini berlaku, ia akan menjadi 1 proses perpindahan kekayaan skala yang sangat besar.

Namun, ramai juga percaya ia adalah 1 matawang digital yang kini diterima ramai kerana sistemnya yang telus. Setiap transaksi dapat disemak oleh sesiapa. Bukan itu sahaja, kita boleh menyemak kandungan bitcoin di public address sesuatu wallet. Tapi hanya boleh semak sahaja, untuk keluarkan kita perlu ada private key.

Bagaimana pula ia dikatakan rahsia sedangkan kita boleh semak wallet ini? Public address wallet ini tidak dinyatakan siapa pemiliknya. Sebab itu ia dikatakan rahsia. Jika kita umumkan kepada semua, maka ia sudah tidak lagi rahsia.

Exchange yang dipercayai untuk jual beli bitcoin menggunakan RM.

Bagaimana kita mahu membeli bitcoin? Ada 2 cara iaitu beli dari sesiapa sahaja yang memiliki bitcoin atau cara kedua adalah beli dari exchange yang dipercayai. Di Malaysia, kita dapat membeli bitcoin dari Luno yang berpangkalan di London. Dahulunya dikenali sebagai BitX. Mereka mempunyai syarikat sendirian berhad yang berdaftar di Malaysia bernama BitX Malaysia Sdn Bhd. Jadi kita boleh melakukan proses jual beli menggunakan RM. Klik gambar diatas untuk mendaftar Luno dan membeli bitcoin. Dapatkan RM5.00 percuma apabila daftar dan beli atau jual bitcoin sebanyak RM250 dengan memasukkan code 2Y7N6.

Disamping bitcoin, terdapat juga cryptocurrency yang lain seperti Litecoin, Dash, Bitcoin Cash dan seumpamanya. Jika anda mempunyai bitcoin dan mahu menukar kepada cryptocurrency yang lain, anda boleh tukarkannya di bawah. Cuma saya tak cadangkan untuk membeli bitcoin disini menggunakan kad kredit kerana kadar tukarannya sangat tinggi.

Sebelum menukar bitcoin kita kepada crypto yang lain, kita perlu ada wallet tertentu mengikut crypto pilihan. Sebagai contoh, jika mahu tukar kepada Bitcoin Cash, kita boleh daftar wallet di BTC.com. Saya lebih suka menyimpan di hard wallet untuk simpanan jangka panjang. Contoh hardware wallet ini adalah seperti Trezor, Ledger Nano S dan KeepKey.

Nanti kita kupas pula berkenaan mining crypto. Jika tanya saya mana satu pilihan terbaik untuk simpan antara emas dan bitcoin? Saya akan tanyakan kepada anda semula berapa banyakkah yang anda sanggup rugi? Jumlah sanggup rugi boleh disimpan dalam bentuk bitcoin dan jumlah yang disayangi boleh simpan dalam bentuk emas. Emas sentiasa menyimpan nilai berkurun lama manakala crypto adalah sangat volatile.

Sentiasa berhati-hati dalam memilih simpanan dan pelaburan. Jangan kita ikutkan emosi.