Ar-Rahnu PosAr-Rahnu Pos
Spread the love

Kredit foto: jutawanemas.com

Dikemaskini pada 26 Feb 2018

Awas! Bacaan ini agak berat. Jadi mari kita buat secawan kopi panas dahulu.

Baik.

Dari kecil kita sudah tahu emas adalah suatu yang bernilai. Rata-rata wanita sukakan emas seperti gelang, rantai leher, subang dan tak kurang juga rantai kaki (Tok ki kita dulu-dulu suka gigi emas, Wow).

“Beli emas, bila sesak-sesak boleh jual atau pajak” ini kerap kita dengar. 1 fakta yang menarik disini adalah, kita tidak perlu meminjam duit saudara-mara jika punyai emas kerana ia boleh dijual atau di pajak. Kalau ada kawan baik atau saudara nak pinjam duit, bagi dia pinjam emas. Sebab nilainya kekal (maklumlah, mereka selalunya berat untuk bayar hutang dalam jangka masa tertentu).

Saya ingin memberikan bonus kepada anda kerana meluangkan masa membaca perkongsian ini. Click disini untuk membuat penilaian segera emas anda.

Ujian ketulenan emas 999. Bantu saya dengan click butang subscribe di penjuru kanan bawah video ini. Terima kasih.

Disebalik emas, ada 2 pilihan emas dan 2 cara untuk gadai. Ada emas perhiasan 916, 750 dan juga emas pelaburan 999. Manakala tempat untuk gadai ada di Kedai Pajak Gadai ataupun Arrahnu. Kedua-dua entity ini menggunakan konsep yang berlainan. Mari kita lihat perbezaannya. Kita kupas satu per satu bagi emas 916 dan emas 999 yang digadai di kedua tempat.

Emas 916:

Berat: 20 gram

Harga: RM210 / gram

Kos belian: 20 x 210 + 6% GST + upah (RM100) = RM 4550.00

Harga jualan sebagai emas terpakai: 72 % dari RM 210 = 72 % (210 x 20) = RM 3024.00

Gadai di Kedai Pajak Gadai:

Jumlah pinjaman 90 % dari nilaian emas 916

Pinjaman: 90 % x RM 3024 = RM 2721.60 ≈ RM 2720.00

Kadar faedah: 2 % sebulan dari pinjaman

Jumlah perlu bayar setelah 6 bulan: 2% x 6 x RM 2720 + RM 2720 = RM 3046.40

Jumlah wang hangus setelah tebus: RM 326.40

Andai kata tidak mampu tebus, anda hanya peroleh RM 2720.00 dan emas anda tergadai.

Gadai di Arrahnu:

Jumlah pinjaman 75 % dari nilaian emas 916

Pinjaman: 75% x RM 3024 = RM 2268 ≈ RM 2260.00

Cas simpanan: 0.8 % sebulan dari nilaian (marhun)

Jumlah perlu bayar setelah 6 bulan: 0.8 % x 6 x RM 3024 + RM 2260 = RM 2405.15

Jumlah wang hangus setelah tebus: RM 145.15

Andai kata tidak mampu tebus, anda peroleh RM 2260 dari gadaian awal tadi dan tambahan RM 474.85 sekiranya ada yang mahu membantu beli atau lelongan. Ini menjadikan anda peroleh RM 2734.85.

Secara kesimpulan untuk emas 916, gadai di arrahnu adalah lebih menguntungkan dimana mudah untuk di tebus kerana pinjamannya rendah. Jumlah wang yang hangus setelah tebus di Kedai Pajak Gadai adalah 124 % lebih tinggi dari Arrahnu. Apa yang kita lihat disini, pembeli emas 916 kerugian 39.9 % dari modal belian apabila emasnya tergadai.

Nampaknya kopi panas telah pun suam. Izinkan saya makan biskut mayat dicicah kopi suam dahulu.

Baik, mari kita mulakan bahagian ke-2 iaitu kiraan untuk emas 999 berstatus pelaburan.

Emas 999:

Berat: 20 gram

Harga: RM 191.40 / gram

Kos belian: 20 x 191.4 + premium (RM20) = RM3848.00 (jauh lebih murah dari emas 916!)

Harga jualan semula: RM3522 (lebih bernilai dari emas 916)

Gadai di Kedai Pajak Gadai:

Jumlah pinjaman 90 % dari nilaian emas 999

Pinjaman: 90% x RM 3522 = RM 3169.90 ≈ RM 3170.00

Kadar faedah: 2% sebulan dari pinjaman

Jumlah perlu bayar setelah 6 bulan: 2% x 6 x RM 3170 + RM 3170 = RM 3550.40

Jumlah wang hangus setelah tebus: RM 380.40

Andai kata tidak mampu tebus, anda hanya peroleh RM 3170 dan emas anda tergadai.

 

Gadai di Arrahnu:

Jumlah pinjaman 75 % dari nilaian emas 999

Pinjaman: 75% x RM 3522 = RM 2641 ≈ RM 2640.00

Kadar faedah: 0.8 % sebulan dari nilaian

Jumlah perlu bayar setelah 6 bulan: 0.8 % x 6 x RM 3522 + RM 2640 = RM 2809.05

Jumlah wang hangus setelah tebus: RM 169.05

Andai kata tidak mampu tebus, anda peroleh RM 2640 dari gadaian awal tadi dan tambahan RM 552.95 sekiranya ada yang mahu membantu beli atau lelongan. Ini menjadikan anda peroleh RM 3192.95.

Secara kesimpulan untuk emas 999, gadai di arrahnu adalah lebih menguntungkan dimana mudah untuk di tebus kerana pinjamannya rendah. Jumlah wang yang hangus setelah tebus di Kedai Pajak Gadai adalah 125% lebih tinggi dari Arrahnu. Apa yang kita lihat disini, pembeli emas 999 hanya kerugian 8.4% dari modal belian apabila emasnya tergadai.

Nilai Pinjaman
Nilai Pinjaman kedai pajak adalah 20 % melebihi pinjaman ArRahnu

Mari kita simpulkan disini. Untuk memilih dimana untuk dipajak, saya akan memilih Arrahnu kerana lebih mudah menebus disebabkan jumlah perlu bayar lebih rendah dan jumlah wang hangus jauh lebih rendah dari Kedai Pajak. Ingat di Kedai Pajak, kita perlu bayar 125 % lebih dari Arrahnu bagi bayaran faedah.

Faedah atau Upah Simpan
Bayaran faedah di kedai pajak gadai adalah 125 % lebih tinggi dari upah simpan ArRahnu

Di antara 2 jenis emas ini pula, saya akan memilih emas 999 sebagai simpanan dimana susut nilainya hanya 8.4% berbanding emas 916 iaitu 39.9 % sekiranya emas kita tidak dapat ditebus.

Modal Membeli Emas
Nilai modal membeli emas 916 adalah 20 % lebih tinggi dari membeli emas 999 dengan berat yang sama.

Untuk barang kemas, simpan hanya 1 atau 2 sahaja sebagai pemanis tangan dan selebihnya simpanlah emas 999. Kita telah lihat contoh kiraan kelebihan emas 999.

Rancanglah sebaiknya sebelum menggunakan perkhidmatan penggadaian. Jika perlukan wang yang banyak tetapi tidak pasti boleh tebus, lebih baik jual sahaja kerana kos menebus di kedai pajak setelah 6 bulan adalah melebihi harga pasaran.

Maka inilah yang dikatakan Pahit Manis Pajak Gadai & Arrahnu.

Terdapat juga suatu teknik manipulasi Arrahnu. Apa yang guru emas saya (Tn Mohd Zulkifli Shafie) katakan, “Untung belum pasti, Rugi sudah tentu”. Ia adalah bergantung kepada pasaran.

Saya lebih gembira membeli emas untuk simpanan. Lagi turun harga, lagi saya beli untuk menambah berat simpanan emas saya.

Masih luas ilmu pajakan ini. Ini hanyalah sebahagian kecil darinya. InsyaAllah kita kupas di posting yang lain.

Anda rasa mempelajari sesuatu dari perkongsian ini? Sudilah kiranya untuk share di FB tuan & puan.

Sekiranya mahu mengikuti perkembangan tentang emas, klik follow button disebelah (PC) atau dibawah (HP).

Anda tercari-cari cara menggadai emas? Ikuti perkongsian Proses Gadai Emas disini.

Berminat membeli emas 999 pilihan 150000 rakyat Malaysia? Daftar disini

Mahu terus menyimpan emas 999 dengan cara paling mudah? Baca disini

Abd Hadi Abd Halim

+6019-778 1477

20 Ogos 2017

Nakhon Si Thammarat, Thailand

4 thoughts on “Pahit Manis Pajak Gadai & Arrahnu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *