Gold Bar

Spread the love

Gold bar atau jongkong emas adalah salah satu bentuk fizikal emas. Sering kali kita membayangkan gold bar adalah hanya untuk orang kaya atau bank kerana saiznya yang besar. (Sudah tentu akan membuatkan harganya terlalu mahal). Kebanyakan gold bar didalam pasaran adalah berketulenan 999 atau 24k. Sukar untuk kita mencari gold bar yang mempunyai ketulenan kurang dari ini.

Saiz yang sesuai

Saiz gold bar adalah sangat pelbagai bermula dari 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 1000 gram dan 400 oz (troy ounce) iaitu bersamaan 12.4 kilogram. Gold bar yang sering ada dalam bayangan setiap orang adalah 400 oz. Sebab itu masih ramai yang tidak mengambil peluang menyimpan emas. Setiap saiz emas mempunyai spread dan premium yang berbeza. Jadi kita dapat memilih saiz terbaik yang sesuai dengan peruntukan kita.

Pembelian Gold Bar

Kesemua gold bar ini kecuali 400 oz boleh dibeli secara terus dari Public Gold dengan hanya klik pada Daftar Public Gold di menu di atas. Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan order gold bar pilihan anda. Jangan lupa pilih 16 cawangan Public Gold atau mana-mana cawangan Pos Arrahnu seluruh negara yang berhampiran sebagai tempat anda akan ambil gold bar anda. Bagi anda yang jauh dari ke semua cawangan Public Gold dan Pos Arrahnu, boleh terus membeli emas disini. Emas akan dihantar terus ke rumah anda.

Berikut adalah gambar gold bar yang dibincangkan diatas:

1 gram (Beli disini)

5 gram

10 gram

20 gram

50 gram

100 gram (gambar kiri adalah Castbar 100 gram)

250 gram

1000 gram