Spread the love

Sebagai peniaga, kita sentiasa perlu ada modal pusingan. Tapi kadang-kadang duit simpanan kita ada lebihan, melebihi dari keperluan harian. Apa yang patut kita  buat dengan duit lebihan ini? Kita ada beberapa pilihan sama ada simpan di akaun bank, fix deposit, di rumah atau pun emas. Secara logiknya, simpanan di akaun bank adalah terbaik kerana kita boleh gunakan pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang caj.

Mengapa ada peniaga yang cilik emas memilih emas sebagai medium simpanan modal perniagaan? Umum mengetahui emas sentiasa meningkat nilainya. 20 tahun kebelakangan ini, emas menningkat secara purata sebanyak 10% setahun. Ini menjadikan emas amat sesuai untuk simpanan jangka panjang. Tapi bagaimana emas dapat membantu peniaga sekiranya perlukan modal tambahan?

Mereka akan pajak sementara emas ini untuk suatu tempoh yang pendek. Kebiasaannya upah simpan Arrahnu 1% sebulan. Jika anda pajak di Arrahnu Pos Malaysia, minimum caj adalah untuk 2 minggu, menjadikannya 0.5%. Oleh kerana kita telah ada modal pusingan biasa dalam bentuk cash, cash reserve extra boleh ditukar kepada emas. Jarang kita akan gunakan reserve extra ini dalam setahun. Mungkin akan tiba suatu peluang 3-4 kali dalam setahun. Ketika itu barulah kita pajak emas simpanan kita untuk perniagaan. Selesai urusan perniagaan, kita tebus semula.

Jadi kita mungkin hanya perlu bayar 2% sahaja upah simpan, manakala kenaikan harga emas adalah secara purata 10%. Disini kita dapat lihat duit simpanan perniagaan kita dikembangkan dalam bentuk emas. Jika anda tercari-cari dimanakah tempat sesuai untuk menyimpan emas, saya cadangkan di KAB Gold kerana syarikat ini mengeluarkan emas bertaraf antarabangsa iaitu berketulenan 999.9 dan mempunyai pelbagai saiz.

Untuk perniaga, saya cadangkan untuk simpan dalam saiz 5-10 gram. Bilangannya pula bergantung kepada jumlah cash yang anda ingin tukarkan kepada emas. Ini kerana bila anda perlukan modal perniagaan, anda hanya perlu pajak emas dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. Jika anda memilih emas 100g atau 250g, ini mungkin amat jauh dari jumlah keperluan anda. Saiz kecil adalah lebih menjimatkan kos upah simpan. Untuk mula menyimpan emas di KAB Gold, anda boleh mendaftar percuma disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *