Spread the love

Dari kisah ini kita dapati bahawa lebih kurang 1400 tahun dahulu nilai pasaran seekor kambing adalah 1 dinar, namun 1/2 Dinar untuk seekor kambing adalah harga atas perbincangan bersama penternak kambing. Dan jika kita lihat sekarang, seekor kambing biasa masih bersamaan 1 dinar. Emas sentiasa menyimpan nilainya sendiri dan telah digunakan sebagai instrument dagangan sejak dahulu lagi.

Kemenangan Emas

Terdapat pelbagai empayar dan negara berkuasa besar yang menggunakan emas sebagai instrument dagangan. Tetapi akibat sifat tamak pemimpin mereka, mereka beralih kepada system matawang baru yang menyeleweng dari emas. Hasilnya adalah, empayar mereka musnah.

Jadi, pilihan ditangan kita. Sejarah telah membuktikan kelebihan emas sepanjang zaman. Kita boleh rujuk ibu bapa kita yang merupakan generasi dahulu, mereka boleh ceritakan bagaimana emas pada 50 tahun lepas dan kita boleh semak keadaan emas pada zaman sekarang.

Tidak semua emas adalah sama, jadi saya akan kongsikan cara memilih emas di posting yang akan datang.

 

Foto artikel diatas dipetik dari buku: Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman bin Auf karya Aizuddinur Haji Zakaria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *