Dikemaskini pada 23 Jun 2017: Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dapat bertemu Ramadhan kali ini. Disamping berpuasa, ada 1 lagi ibadah lain yang perlu kita tunaikan iaitu Zakat Fitrah. Ianya wajib dibayar bagi diri kita dan setiap tanggungan kita. Kadar zakatnya adalah ditentukan oleh setiap negeri berdasarkan harga segantang beras.
Oleh kerana saya sering berada dilaut atas tuntutan kerja, selalunya saya akan membayar zakat secara online. Berikut adalah langkah-langkah untuk membayar zakat fitrah melalui Maybank2u.
- Login Maybank2u
- Klik Account & Banking
- Klik Bill Payment, kemudian Make a one-off payment
- Klik drop down arrow dan pilih Zakat & Charity
- Klik Continue
- Klik drop down arrow dan pilih pusat zakat setempat. Zakat ini bagus dibayar di negeri tempat anda mencari rezeki.
- Klik Continue
- Kemudian pilih Zakat fitrah. Setelah itu, tentukan jumlah zakat yang perlu dibayar
- Boleh rujuk www.mysumber.com untuk mengetahui kadar zakat. Kemudian kali dengan bilangan tanggungan termasuk diri sendiri.
- Klik continue setelah lengkap mengisi semua butir-butir di item bertanda dibawah.
- Request TAC number dan isi diruang tersedia. Kemudian klik next dan alhamdulillah anda telah membayar zakat. Opssss, Sebelum klik next tu jangan lupa niat membayar zakat. “INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM……………….. KERANA ALLAH TA’ALA”. Ini wajib ya.InsyaAllah tahun ini saya akan membayar zakat di darat. Jadi nanti cari amil zakat di masjid sahaja. Bukan selalu berpeluang bayar direct pada amil, bila ada kesempatan macam ini memang tak boleh dilepaskan. Beginilah hidup sebagai pekerja pelantar minyak. Semoga bermanfaat.