Kita mengetahui bahawa apabila kita memiliki emas, kita boleh tukarkannya kepada duit apabila memerlukannya. Sebelum kita pergi jauh untuk kupas cara tebus ini, suka untuk saya share cara mudah untuk simpan emas melalui akaun emas GAP. Caranya hanyalah daftar di http://bit.ly/GAPdaftar dan buat belian pertama dalam tempoh 24 jam. Sekiranya anda tlah bersedia, boleh daftar dahulu. Nanti saya akan berikan ebook cara membuat pembelian. Untuk mengetahui detail berkenaan akaun GAP, klik disini.
Baiklah, mari kita sambung kembali kepada perbincangan asal. Ada 2 cara iaitu menjualnya atau pajak ke Ar-rahnu ataupun kedai pajak gadai. Jika mengikuti perkongsian Pahit Manis Pajak Gadai, pembaca sudah pasti tahu dimanakah tempat yang terbaik untuk gadai emas. Namun, bagaimanakah cara tebus emas di Ar-rahnu?
Baik, kali ini kita bincangkan cara tebus emas di Ar-rahnu. Apabila kita gadaikan emas, kita diberi sejumlah wang pinjaman. Selalunya antara 60%-75% dari nilai marhun. Kita juga dikenakan upah simpan sebanyak 0.85% – 2%. Kadar upah ini dikira dari nilai marhun dan dikenakan setiap bulan.
Katakan kita gadaikan gelang bernilai RM2000.00. Kita akan dapat pinjaman RM1400.00 (kita ambil kadar tengah-tengah iaitu 70%). Upah simpan setiap bulan adalah RM17.00 pada kadar 0.85%.
Dengan membayangkan kita tebus semula gelang kita pada bulan ke-6, maka kita perlu membayar RM1400.00 + (RM17.00 x 6) = RM1502.00.
Andai kata bulan pertama kita sudah mampu untuk tebus, kita hanya perlu membayar RM1417.00 untuk menebus gelang kita.
Persediaan tebus emas
Baiklah, secara asasnya kita perlu sediakan seperti yang tersenarai berikut untuk menebus emas di Ar-rahnu atau kedai pajak:
- sejumlah wang seperti kiraan diatas.
- IC asal pemajak
- Surat pajak
- Pemilik surat pajak (ini adalah orang yang sama yang menggadai emas tersebut. Biar pun emas 100g itu kak kiah punya, tapi kalau suami kak kiah yang pajak maka suaminya sahaja yang boleh tebus. Jangan lupa suruh dia bayar sekali 😀 , kalau kak kiah yang pakai duit gadai tu, kak kiah lah bayar ye..kesian kat suami)
Saya berharap perkongsian ringkas ini dapat membantu pembaca mengetahui cara menebus emas di Ar-rahnu. Rancang kaedah menebus emas kita sebelum kita gadaikan. Sekiranya tidak mampu menebus, adalah lebih baik dari awal kita jualkan emas tersebut supaya tidak kerugian akibat upah simpan. Jika ke kedai pajak gadai, sudah pasti lebih rugi kerana bunganya 2% dan 100% tidak patuh syariah kerana riba.
Semoga bermanfaat.
Abd Hadi Abd Halim
Nakhon Si Thammarat, Thailand