Serahan Wang
Spread the love

Ramai yang tertarik dengan perkongsian Pahit Manis Pajak Gadai Arrahnu tempoh hari. Jadi saya sendiri mengambil langkah untuk menggadai 1 dinar dan tebus semula untuk berkongsi dengan pembaca berkenaan cara gadai emas di Ar-rahnu. Pastinya pembaca sudah mengetahui mengapa saya memilih Ar-rahnu untuk gadai emas inikan? Click disini untuk membuat penilaian emas anda.

Ujian ketulenan emas 999. Bantu saya dengan click butang subscribe di penjuru kanan bawah video ini. Terima kasih.

Semestinya kerana ia patuh syariah dan kadar upah simpan yang rendah. Lebih baik lagi ialah kadar upah simpannya hanyalah separuh dari upah simpan bulanan sekiranya menggadai dalam tempoh 1-15 hari pertama. Jika hari ke 16 baru kita tebus, ia akan dikira secara prorata. Ini bermakna upah simpan adalah 16/30 dari upah simpan bulanan. Menarikkan? Ini hanya untuk Ar-rahnu Pos sahaja ya.

Ar-rahnu Pos

Langkah pertama adalah cari Ar-rahnu terdekat dengan tempat tinggal atau kerja kita. Ini adalah penting kerana untuk memudahkan untuk kita tebus kemudian hari. Katakan kita tinggal di Johor tapi masa berada di Kelantan, kita nak gadai di Kelantan. Bayaran bulanan kita boleh bayar di mana-mana Ar-rahnu pos tapi untuk tebus, kita perlu pergi ke branch asal tempat kita pajak. Emas kita tersimpan dengan selamat disitu sahaja.

Owh ya, ada cara lebih mudah untuk pajak emas. Simpan emas KAB Gold, nanti tiada masalah untuk pajak dimana-mana arrahnu kerana ianya mesra arrahnu. Dafter percuma disini tanpa syarat https://bit.ly/KABregister Saya akan masukkan anda ke support group penyimpan emas setelah mendaftar.

Pintu Ar-rahnu Pos di dalam pejabat posDalam pejabat pos akan ada 1 pintu berasingan untuk ke Ar-rahnu. Tak boleh ke kaunter biasa ya.

Kadar Harian

Di dalam Ar-rahnu pos, terdapat kadar harian. Kadar ini termasuk nilai gadaian, belian semula dan jualan. Nak beli lagi murah? Guna sahaja akaun Uncang Emas by KAB Gold




Baiklah, setelah duduk dikaunter, maklumkan kepada staff bahawa kita nak menggadai emas kita. Maklumkan saiz emas yang mahu di gadai. Staff akan membuat kiraan dan memaklumkan kepada kita nilai yang kita akan dapat serta upah simpannya.

Sebagai perkongsian, saya gadaikan 1 dinar 999 PG. Saya dapat 75% pinjaman bersamaan 75% x RM167.52 x 4.25g = RM533 (97 sen dia tak bagi pula sebab tak cukup RM1 kan). Upah simpan adalah RM6.36 sebulan.

Jika kita bersetuju, kita perlu isi borang daftar ahli berikut sekiranya kita pertama kali menggadai (isi maklumat waris betul-betul. apa-apa terjadi kepada kita, waris boleh menebusnya. Semestinya baki gadaian perlu di selesaikan dahulu):

Borang Maklumat

Setelah itu, serahkan IC serta emas yang mahu di gadai. Staff akan berikan borang Pengiraan Awal kepada kita untuk pengesahan. Jika sejutu, turunkan tandatangan.

Kiraan Awal

Setelah itu, serahkan semula borang ini untuk mereka proses. Sambil-sambil tu saya lihat juga emas-emas yang dijual di sana harganya adalah seperti yang terpangpang di board Kadar Harian tadi. Bilik kebalnya pun boleh tahan besar pintunya. Lepaslah untuk kita masuk tanpa tundukan kepala. Besar tak besarlahkan biliknya. Simpanan kita adalah dilindungi dan dijamin. Jadi tak perlu risau.

Item jualan dan bilik kebal

Staff akan serahkan Surat Akuan Gadaian. Surat ini amat penting untuk kita simpan. Jangan hilangkan walaupun ia nampak remeh. Jika hilang, kita boleh minta mereka print baru tapi dikenakan bayaran RM10.60 untuk borang ini sahaja dan ia perlu dibawa ke pejabat sumpah. Perlu buat akuan sumpah dulu baru surat itu sama hebatnya dengan surat asal.

Bagi saya, nilainya sangat tinggi kerana akan memakan banyak masa dan perlu keluarkan belanja lagi. Cara terbaik adalah simpan surat ini baik-baik. Masa nak tebus nanti wajib bawa surat ini.

Surat pajak closed up

Baca dan fahamkan semua maklumat di Surat Akuan Gadaian ini. Terdapat caj dikenakan sekiranya notis bayaran dikeluarkan. Jadi berusahalah untuk menebus selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh akhir kerana akan dikeluarkan 1 notis apabila tinggal 2 minggu tamat tempoh gadaian.

Rancang betul-betul untuk tebus sebelum buat gadaian. Jika sudah faham dan bersetuju, tandatangan surat ini 2 salinan dan 1 salinan diserahkan semula kepada staff dan 1 lagi kita simpan baik-baik.

Perakuan

Saat yang ditunggu telah tiba. Emas bertukar menjadi duit! 🙂

Serahan Wang

Maka selesailah proses gadai emas kita. Alhamdulillah. Godaan wang ini amat besar. Rasa nak belanja je pembaca..hehe

Tebus Semula

Namun, tempoh gadaian saya ini antara terpantas didunia. tak sampai beberapa minit tebus semula. Mestilah kena tebus sebab nak share dengan pembaca proses keseluruhankan termasuklah tebus semula.

Ulang langkah awal tadi. Pergi ke branch Ar-rahnu yang asal kita gadai. Beritahu staff kita nak tebus emas dan serahkan Surat Akuan Gadaian (sesetengah orang panggil surat pajak) serta IC kita (pastikan IC orang yang sama semasa gadaian) dan wang secukupnya.

Mereka akan berikan Resit Terima Tebusan pinjaman seperti berikut:

Resit Terimaan Tebusan Pinjaman

Turunkan tandatangan pada resit tersebut dan mereka akan serahkan emas kita. Maka selesailah proses menebus emas yang telah dipajak.

Menebus emas adalah mudah apabila kita punyai perancangan secukupnya sebelum menggadai. Langkah ini yang sering kali ramai yang gagal lakukan.

Saya berharap perkongsian ini memberi makna dan membantu pembaca dalam persediaan menggadai emas dan menebus emas. Kongsikan kepada sahabat dan saudara mara kita dengan klik butang share dibawah.

Abd Hadi Abd Halim

21 Februari 2018

Pontian, Johor

21 thoughts on “Cara Gadai Emas Di Ar-rahnu”
  1. salam sy nk tny..cntoh hri ni sy prgi gdai emas n nilai pnjaman sy rm 5k..tp klau sy hnya ambil pnjaman rm 2k tp esk sy prgi lgi n nk ambil baki yg rm 3k lgi tu blh ke?

    1. Wslm Puan Sha. Tak boleh puan, puan perlu ambil semua nilai pinjaman tersebut atau puan perlu selesaikan dahulu pajak pertama dan buat pajakan kali kedua. Sebaiknya jika gunakan khidmat ar-rahnu, ambil nilai maksima kerana upah simpan adalah dari nilai marhun, bukan dari nilai pinjaman. Cuba elakkan dari menggunakan khidmat pajak gadai kerana kadar faedahnya sangat tinggi dan ia tidak patuh syariah.

  2. Terima kasih atas semua info tuan.
    Esok first time sy nak pajak emas. Hati agak galau. Zero knowledge. Mengenangkan pula gelang yang bakal lepas dari tangan. Buntu juga sy. Alhamdulillah sempat baca perkongsian ni. Siap dgn tutorial skali. Lega rasa. Ar rahnu pilihan sy. Harap sy tabah di hari raya.
    #takdegelang
    #kuihgelangpunboleh

    1. Alhamdulillah, semoga penulisan ini memberi manfaat kepada puan. InsyaAllah puan akan dapat tebus kembali gelang tersebut. “Ada emas, sudah pasti ada duit. Emaslah duit sebenar.”

  3. Salam tuan…saya nak tanya ni…boleh ke saya wakil utk abg saya tebus rantai emas yg dia pajak…apa yg perlu sy bawak..abg sy xdpt d kesan..

    1. Wslm En Fairuz,

      Jika mengikut procedure ar-rahnu, hanya penggadai yang boleh tebus gadaian. Namun sekiranya berlaku kes kematian atau kehilangan, penama boleh menebus emas tersebut. Sekiranya En adalah penama, jadi boleh tebus emas tersebut. Cuba semak penama untuk gadaian itu. Dalam kes ini, surat pajak dan laporan polis perlu dibawa sebagai bukti penggadai telah hilang.

  4. salam, maaf sekadar bertanya jika kita hendak tebus semula, jumlah yg perlu dibayar sama seperti yg dipinjam ka? atau akan bertanbah?

    1. Wassalam Puan Nur,

      Untuk tebus semula, akan ada sedikit tambahan dari nilai pinjaman. Ini kerana upah simpan (arrahnu) atau kadar faedah (kedai pajak gadai) perlu dibayar bagi pinjaman tersebut. Semakin lama kita tangguh penebusan, semakin bertambah bayaran. Harap penerangan ini membantu puan.

  5. Salam nk tnye..

    So bayaran bulan2 en punya emas tu hanya rm6.35 saja la kan??

    bayaran bulanan tu kalau bayar 6bulan sekali boleh ke??

    1. Wassalam Puan Anis,

      Ya puan, RM6.35 adalah upah simpannya setiap bulan. Bayaran boleh kita selesaikan selepas 6 bulan. Jadi nanti kita bayar jumlah pinjaman kita ditambah dengan upah simpan 6 bulan.

    1. waalaikumusalam. Tak perlu bawa resit tapi kalau ada lebih baik, boleh bandingkan berat timbangan nanti.

  6. Assalamualaikum tuan.
    Saya ada gadai gelang emas di Ar-Rahnu Bank Rakyat. Setiap 6 bulan saya akan nilai semula gelang yang digadai. Jika nilai emas naik, nilai gelang emas saya juga naik. Lebihan nilai gelang tu saya tolak dengan jumlah pinjaman yang saya dapat masa awal saya gadai dulu. Boleh ke saya buat cara ni?

    1. wslm,

      Sebaiknya puan cepat-cepat jelaskan gadaian sebab ada upah simpan disitu. Kalau puan buat nilaian semula, maksudnya upah juga akan semakin meningkat bedasarkan nilai emas semasa yang semakin meningkat. Pada saya, puan wajar untuk segera tebus emas puan.

  7. Saya nk tanya, nilai marhum tu RM573.30. Nilai pinjaman RM372.00 . Pastu tolak la RM372.00 – RM10.20 (ahli rasanya) . Tinggal RM361.80 . Jumlah upah simpan pulak RM0.17. Saya nak tanya, RM361.80 tu saya dapat , nnt saya kena bayar balik la secara ansuran RM361.80 kan ? Yang balance lagi RM211.50 tu mcmna pulak . Saya kurang faham. Atau nnt dh settel bayar RM361.80 tu dpt balik rantai atau dpt duit RM211.50 pastu smbung bayar yang tu pulak ke camana ? 😄 sorry saya kurang ilmu sikit sbb first time 😬

    1. nanti puan perlu bayar RM361.80+RM10.20 dan RM0.17xhari pinjaman. Contoh puan selesaikan pinjaman dalam 6 bulan, Jumlah puan perlu bayar adalah RM402.60, dan puan akan dapat tebus kembali rantai.

      1. Salam… Nak tanya.. jika lepas 6 bulan sy masih tak boleh tebus. Boleh kah di sambung lagi 6 bulan dan seterusnya hinggalah saya mampu menebusnya.. mohon pencerahan

        1. Wslm. Bergantung kepada jenis Arrahnu. Ada yg boleh extend dengan hanya perlu bayar upah simpan dahulu. Ada juga yg tak boleh sambung. puan boleh rujuk di tempat yg puan pajak ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *