Spread the love

Bila bercakap tentang emas, pasti ramai terfikir soal cara jual emas & beli emas. Nak beli mudah, nak jual mula runsing sebab tak berapa tahu caranya, berapa nilai emasnya? Baik, oleh kerana saya telah tuliskan tajuk posting ini sedemikian, saya akan beritahu dimana untuk kita jual emas dan ada 1 berita baik buat anda sebab saya juga membeli emas anda. Ya, saya membeli emas anda. Nanti saya beritahu caranya. Mula-mula kita lihat cara lain dahulu. Hero mesti masuk kemudian 😉 (Jangan marah aaa)

Cara jual emas mudah, pergi ke pembeli, beritahu anda nak jual emas, dia akan nilaikan emas, jika anda bersetuju dengan nilai yang dia tawarkan, pembeli akan serahkan duit dan proses selesai. Mudahkan caranya? Tapi mana nak cari pembeli? Mana nak semak harga supaya nilai yang kita perolehi itu adalah mengikut harga pasaran. Mesti dah tak sabar nak tahukan. Oleh kerana posting ini ditulis selepas subuh dibulan Ramadhan, saya tak dapat meneguk kopi. Tapi mari kita sama-sama lafazkan SubhanaAllah, Alhamdulillah, Lailahallallah, Allahuakbar.

Pembeli Emas

Alhamdulillah, sekarang kita lebih tenang. Bolehlah kita mulakan perbincangan yang panas ini. Pembeli emas ada dimana-mana. Boleh jadi orang sebelah kita mahu membelinya. Tapi agak sukar untuk kita tanya semua orang. Prosesnya menjadi rumit. Jadi cara paling mudah adalah kita pergi ke kedai emas. Biasanya kedai emas akan membeli emas kita. Boleh katakan hampir setiap pekan di Malaysia ada kedai emas. Jadi proses ini tidak sukar. Jangan lupa bahawa seperti yang saya katakan tadi, saya pun membeli emas anda. Kini persoalannya, berapa nilainya?

Nilai Emas

Semakin panas dan bersemangat untuk kita kupas berkenaan harga. Nilai emas kita biasanya kedai akan kira sebagai emas scrap. Emas yang kita jual ini, akan dihantar ke kilang dan dileburkan semula dan dijadikan barang kemas baharu. Jadi sudah pastinya harga emas scrap tidak dapat tandingi harga emas baharu. Untuk memudahkan anda merujuk harga emas, anda boleh layari website ini www.publicgold.com.my

Lihat jenis emas yang anda mahu jual. Kalau 999.9, lihat harga PG Buy untuk 10gram. Harganya tolak RM100. Itulah nilai emas anda. Ini hanya untuk emas public gold yang sudah dibuka seal atau apa-apa jenama. Pada masa posting ini ditulis, harga PG Buy adalah RM1667. Maka jika emas anda bukan PG atau PG yang sudah dibuka seal, harganya adalah RM1567. Bermakna harganya RM156.70/gram

Jika emas anda 916, lihat Gold Jewellery (22K) dan tolak RM5. Semasa posting ini ditulis, harga PG Buy bagi emas 22k adalah RM145. Setelah tolak RM5, Jadi anda akan dapat RM140/gram.

Jika anda mahu jual kepada PG, anda hanya perlu pergi ke branch PG terdekat dan beritahu mereka anda nak jual emas. Jangan lupa beritahu mereka saya yang beritahu anda untuk jual ke sana ya. Berikan kod ini kepada meraka PG00080997. Ini sebagai penghargaan anda kepada saya kerana sudah membantu anda menjual emas. Selepas 1 hari bekerja, PG akan bank-in ke akaun bank anda. Mengapa harga ini dirujuk? Kerana harganya di update setiap 20 min. Harga kedai emas selalunya di update secara mingguan.

Berita Baik

Sekiranya anda perlukan duit cash, izinkan saya membeli emas anda. Saya akan membeli emas 916 dan 999. Cuma perlu tengok jarak anda tinggal. Saya tinggal di Johor. Tapi sekiranya anda tinggal di KL pun, saya boleh membelinya. Cuma bergantung pada berat emasnya. Lebih berat lebih baik. Saya akan berikan harga lebih tinggi dari harga yang dinyatakan diatas sekiranya anda datang menjual kepada saya. Sudah pastinya saya memberikan harga yang lebih tinggi kerana anda telah berusaha datang ke Johor. Ia bukan 1 perkara mudah.

Sebelum datang, whatsapp saya dahulu ya. Berikan butir-butir emas yang nak dijual dan gambarnya. Klik sahaja link whatsapp saya dipenjuru kanan screen handphone anda untuk respond pantas.

Sekiranya anda tidak mahu menjual emas tetapi mahu pajak, sila baca posting saya tentang pajak gadai disini.

Sekian, Selamat berpuasa.

Abd Hadi Abd Halim

Pontian, 14 May 19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *