Spread the love

Selamat Hari Malaysia!

 

Alhamdulillah, sekali lagi emas melakar sejarah dunia. Harga emas kini telah memecah rekod baharu dengan nilai RM541/gram dan harga belian semula pada harga RM494/gram. Ini menjadikan belian saya pada tepat sebulan lepas dengan harga RM484/gram telah memberi keuntungan sebanyak RM10/gram!

Bukan mudah untuk untung begini pada masa yang singkat! Bagaimana pula dengan belian pada awal tahun kelmarin? Harga belian pada masa itu adalah RM397/gram. Keuntungan yang dijana adalah RM97/gram bersamaan 24.4%! dalam tempoh tak sampai 10 bulan. Memang amat berbaloi.

Saya mengucapkan tahniah buat semua penyimpan emas yang kekal konsisten sejak bermula. Perjalanan menyimpan emas adalah ibarat sebuah marathon. Langkah kecil dan sekata. Menjadikan kita berjaya. Saya telah melihat pelbagai jenis penyimpan emas. Ada pelari pecut 100m pertama kemudian berhenti, ada pelari marathon dan ada juga hanya mulakan langkah pertama, terus berhenti. Paling ramai adalah penonton. Dalam semua kategori ini, masing-masing mendapat keuntungan masing-masang berdasarkan usaha mereka.

Bagaimana pula penonton ini untung walaupun mereka tidak menyimpan emas? Mereka ini untung kerana masih menyimpan cash, tetapi sudah pastinya keuntungan mereka jauh lebih sedikit dari penyimpan emas.

Dalam kategori ini, ada 1 lagi kategori yang saya tidak masukkan. Mereka ini paling rugi sekali. Apakah kerana mereka tidak bijak? Sebenarnya mereka ini amat bijak dan terlebih bijak. Kalau bijak, mengapa mereka rugi? Tuan puan, dalam dunia emas ini terlalu banyak godaan. Mereka ini berfikir diluar kotak. Mereka melihat dengan menyimpan emas cara tradisional tidak mendatangkan keuntunga maksimum. 24% setahun pada saya sudah amat baik! Jarang-jarang kita jumpa pelaburan yang berikan keuntungan sebegini. Pada mereka, mereka mahu lebih untung dah mahukan pulangan segera. Apabila adanya pemikiran begini, mereka terdedah kepada scammer. Jutaan ringgit telah hangus akibat tamakkan keuntungan segera.

Cara paling mudah terjerat adalah teknik ar-rahnu. Mereka akan membeli emas dan pajak. Kemudian ulang proses ini sehingga habis wangnya. Tidak semua orang sesuai menggunakan teknik ini. Jika tuan puan adalah beginner dalam dunia emas, saya sarankan untuk tidak terjebak dengan kaedah ini. Ada juga terlibat dengan belian emas & dapat dividen. Ini juga scam. Elakkan dari menjadi mangsa seterusnya. Dalam meraikan keuntungan emas pada harga tertinggi, saya juga titipkan peringatan supaya tuan puan tidak menjadi mangsa kerana ketika ini, mereka rakus mencari mangsa seterusnya.

Simpanlah emas dengan cara tradisional iaitu beli sedikit-sedikit dan simpan. Kaedah ini telah kekal berjaya. Saya telah amalkan sejak tahun 2011. Alhamdulillah, amat berjaya. Saya doakan tuan puan juga berjaya. Belian di akaun emas atau fizikal, kedua-duanya adalah baik. Lebih baik lagi jika tuan puan menyimpan di KAB Gold kerana saya akan guide tuan puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *