Menurut laporan World Gold Council, WGC www.wgc.org warga Germany adalah pembeli emas ke empat terbanyak di dunia pada tahun 2015. Mereka membeli 116 tan emas pada tahun tersebut. Populasi negara ini adalah seramai 82,175,700 orang pada tahun 2015. Jika dikira umur 0-14 tahun tidak membeli emas, ada 71,114,811 orang dewasa berumur 14 tahun ke atas di sana yang membeli emas. Secara purata setiap orang membeli 1.631 gram.
Sekiranya rakyat Malaysia juga membeli pada kadarnya sama, pastinya belian tahunan kita pada paras 39.04 tan berdasarkan 23,941,050 juta penduduk dewasa (15 tahun ke atas). Ini sudah melebihi rezab emas negara. Rezab emas Malaysia adalah sebanyak 37.9 tan.
Kes negara Jerman ini amat menarik perhatian saya kerana mereka adalah antara pengeluar kereta yang terbaik dunia dan sangat maju dalam bidang kejuruteraan. Mengapakah mereka membeli emas?
Sumber: WGC 2015 Report
Pola pembeli amat menarik juga kerana rakyat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. secara purata mereka membeli emas 20% dari pendapatan. Peratusan ini adalah hampir sama untuk ke tiga-tiga peringkat.
Sumber: WGC 2015 report
Golongan berpendapatan rendah melabur lebih tinggi peratusannya kerana ingin mendapatkan lebih banyak pegangan tetapi sudah pasti pengangan emas golongan berpendapatan sederhana lebih banyak kuantitinya. Begitu juga dengan golongan berpendapatan tinggi.
Semua golongan simpan emas
Menariknya disini adalah masing-masing mengumpul emas dan tiada golongan yang tercicir. Mengapakah warga Jerman sangat gemar menyimpan emas?
Warga german telah belajar dari sejarahnya yang lepas, Weimar Hyperinflation. Pada penghujung perang dunia pertama pada November 1918 kerajaannya telah mencetak terlalu banyak wang untuk menampung peperangan. Pada masa itu, harga 1 ounce emas adalah 100 marks. Tetapi pada tahun 1920 harganya mencecah 1000 ke 2000 marks per ounce. Kemudian harganya agak stabil. Jadi kegiatan ekonomi mula rancak.
Walaubagaimanapun, kerajaan tetap mencetak wang dengan banyak untuk membayar bayaran gantirugi, reparation. Pada tahun 1921 harga mula meningkat dan pada Julai 1922, harga telah meningkat sebanyak 700%. Ini adalah titik perpecahan dimana rakyat sudah mula hilang keyakinan terhadap wangnya. Oleh kerana mereka telah mengambil iktibar dari kejadian lepas, mereka tidak lagi menyimpan wang. Sebaik sahaja dapat mereka belanjakannya.
Sumber: Bernd Widdig, Culture and Inflation in Weimar Germany
1 Gold Mark = 0.35842 gram, 1 ounce = 28.3495 gram = 79.095 Gold Marks
Pada 9 Februari 1923, Jerman mempunyai 33 kilang mencetak wang dengan pengeluaran sebanyak 45 bilion marks sehari. Pada November 1923, pengeluaran adalah sebanyak 500 quadrillion sehari. Akibat dari perbuatan ini, ekonominya jatuh merudum dan bayangkan harga sebiji telur dari 0.08 mark menjadi 80 billion marks. Harga emas yang asalnya dari 100 marks menjadi 87 trillion per ounce. Pada masa itu keseluruhan blok bangunan komersial di Berlin dapat dibeli dengan hanya 25 ounce bersamaan RM 144,615.00 ketika artikel ini ditulis.
Kesan hyperinflasi kepada kita
Maka disini kita dapat melihat bagaimana kesan kejatuhan ekonomi terhadap wang simpanan. Dalam tempoh yang sangat singkat, nilai wang telah jatuh begitu teruk akibat kegagalan kerajaan menguruskan wang. Apabila kerajaan memerlukan wang dan tidak memilikinya, mereka akan mencetak wang tersebut. Ini adalah langkah terakhir kerajaan untuk menjana dana setelah tidak dapat ambil dari rakyat dengan cara percukaian. Langkah ini adalah sangat teruk dan ia mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berlaku lagi.
Oleh yang demikian warga Jerman telah mengambil peringatan dan sentiasa menyimpan emas untuk masa-masa yang tidak diduga. Dari kajian WGC, 62% dari penyimpan emas di Jerman menyimpannya adalah untuk melindungi kekayaan. Ia adalah bagaikan insuren kepada wang simpanan.
Apakah ia mungkin berlaku di Malaysia? InsyaAllah saya cuba tunjukan bagaimana ia kemungkinan akan berlaku di negara kita pada masa lain.
Hadi Jurutera Emas
Nakhon Si Thammarat, Thailand
Rujukan:
The global investment market:new perspectives on consumer behaviour , WGC http://www.wgc.org
Michael Maloney, (2015) Guide to Investing in Gold & Silver
https://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_Germany