Spread the love

Cara jual emas harga tinggi adalah suatu yang sukar dilakukan. Kita perlu pergi bertanya dengan banyak tempat. Rata-rata akan beri harga tinggi jika kita trade-in, maksudnya kita jual emas kita kepadanya dan beli emas lain darinya. Begitulah resam jual beli emas ini.

 

Namun ada juga pasaran sekunder dalam masyarakat kita. Iaitu emas second-hand. Cuma sukar untuk kita bertanya pada setiap orang apakah mereka mahu membeli emas dari kita. Sebagai contoh, harga pasaran emas 916 baru adalah RM210-220/ gram. Harga trade-in adalah MR170/gram dan jual terus RM165/gram. Harga emas second-hand adalah RM180-190/gram. Jauh berbeza bukan dengan harga trade-in dah jual di kedai?

Jadi sebagai pemilik emas yang bijak, kita seharusnya berusaha untuk dapatkan harga second-hand. Cuma ia suatu tugas yang agak sukar kerana anda perlu mempunyai reputasi yang baik, lebih-lebih lagi pasaran online. Kerana terdapat banyak scammer, jadi penjual emas perlu dikalangan trusted seller.

Untuk memudahkan urusan anda menjual emas ini, emaslelong.com ada menyediakan perkhidmatan lelongan emas. Buat masa ini, mereka membuka peluang kepada pemilik emas di Johor untuk melelong emas bersama mereka. Hubungi mereka melalui email admin@emaslelong.com untuk mengetahui caranya. Semestinya anda akan dapat menjual pada harga yang lebih tinggi. Mereka melelong emas 916 & 999. Sekiranya anda adalah peminat emas second-hand, semestinya anda perlu menyimpan website mereka dan melanggan news dari mereka untuk mendapat alert apabila ada emas yang dilelong. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *