Spread the love

Alhamdulillah kita dapat keluarkan RM10,000.00 dari KWSP. Kalau kita amat memerlukan wang ini untuk meneruskan kehidupan, maka gunakan saja dengan cermat. Pastinya ianya disebabkan tekanan hidup dari kesan terbantutnya perniagaan atau pekerjaan.

Kita perlu mulakan hidup baru. Kurangkan perbelanjaan, cuba untuk perbaiki kewangan. Sekiranya ada kereta yang tinggi bayaran bulanan, jual dan beli kereta yang lebih murah. Walaupun kecil, janji boleh bawa kita ke mana sahaja.

Patutkah beli emas dengan wang ini? Tidak patut! ya, tidak patut sekiranya kita amat memerlukan wang ini untuk kelangsungan hidup. Tapi andai kata tiada masalah kewangan dan hanya mahu simpan sendiri, jadi boleh pertimbangkan untuk simpan dalam bentuk emas. Nilai emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Tetapi emas tiada dividen.

Istimewanya emas ini ialah, emas ini ada nilai sentimental. Jadi kita akan sayang untuk guna. Berlainan dari duit ditangan atau di dalam akaun bank. Pastinya kita akan mahu belanja. Cukup setahun, RM10k ini akan habis tanpa sedar. Jika simpan dalam bentuk emas, InsyaAllah masih selamat bertahun lamanya. Emas 10g yang mula-mula saya beli pada tahun 2016 masih ada dalam simpanan saya. Inilah ajaibnya menyimpan emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *