Spread the love

Rata-rata persoalan apakah perbezaan KAB Gold vs Public Gold sentiasa ditanya. Sebab ramai yang sudah terbiasa dengan Public Gold, pastinya perbandingan ini dibuat. Disini saya akan cuba buat perbandingan yang jelas kerana saya berpengalaman dengan kedua-dua syarikat emas ini.

Saya mulakan dahulu dengan KAB Gold.

  • Jual beli emas 24k dan barang kemas.
  • Ada item fizikal 0.5g, 1g, 5g, 10g, 50g, 100g, 0.5 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar
  • Harga emas fizikal diupdate setiap 20 minit.
  • Hanya menjual emas readystock. Bilangan emas yang ada ditunjukkan pada umum.
  • Ada sistem dealership dengan insentif 1%, 1.5%, 2%
  • Tiada upah simpan untuk item fizikal dan akaun Uncang Emas
  • Ada akaun simpanan emas namanya Uncang Emas. Harga diupdate setiap 24 jam sekali.
  • Belian serendah 0.25g untuk Uncang Emas
  • Harga jual semula yang telus dan dipamerkan untuk Uncang Emas.
  • Uncang Emas boleh keluar 100% tanpa tutup akaun
  • Akaun Uncang Emas disokong emas fizikal
  • Jumlah emas fizikal yang menyokong Uncang Emas ditunjukkan kepada umum. Jualan akan terhenti apabila emas ini habis. KAB akan membuka semula jualan apabila mereka menambah emas fizikal penimbal.
  • Patuh syariah untuk setiap produk.
  • Diasaskan bersama oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Ust Khairul Anuar Basri Al-hafiz
  • Terbuka kepada bayi dan semua peringkat umur. Hanya perlu ada no ic/kelahiran dan email.
  • Emas boleh dipos ke seluruh negara dan penghantaran by hand oleh staff ke Lembah Klang.
  • Mempunyai HQ di KL Traders Square dan 1 cawangan di Lunas, Kedah buat masa ini.
  • Boleh daftar percuma tanpa komitmen disini bit.ly/daftarKABGOLD

Perasmian HQ KAB Gold di KL Traders

Saya menerima hadiah dari Tan Sri.

Perasmian cawangan KAB Gold Lunas, Kedah.

Berikut pula adalah Public Gold:

  • Jual beli emas 24k, perak dan barang kemas.
  • Ada item emas fizikal 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 1000g, 0.5 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar
  • Harga emas fizikal diupdate setiap 20 minit.
  • Boleh beli tanpa had, perlu tunggu untuk mendapatkan stock bergantung kepada kesediaan stock.
  • Ada sistem dealership dengan insentif 1%, 1.5%, 2%
  • Perlu ambil stock dalam tempoh 2 minggu dari tarikh stock tersedia dan tiada upah simpan untuk akaun simpanan emas GAP
  • Ada akaun simpanan emas namanya GAP. Harga diupdate setiap 24 jam sekali.
  • Belian minima GAP ialah RM100
  • Harga jual semula tidak dipamerkan untuk akaun GAP.
  • Perlu tinggalkan 1g emas di akaun GAP untuk akaun kekal aktif. Boleh keluarkan semua dan akaun ditutup. Perlu membayar RM50 untuk buka semula.
  • Akaun GAP disokong emas fizikal.
  • Boleh beli emas di GAP tanpa had. Tiada ditunjukkan jumlah emas fizikal yang menyokong akaun ini.
  • Patuh syariah
  • Diasaskan oleh Dato Wira Louis Ng
  • Emas boleh dipos ke seluruh negara.
  • Mempunyai cawangan disetiap negeri.
  • Boleh daftar percuma dan perlu buat belian dalam tempoh 24 jam disini bit.ly/daftarpg-adult

Ini adalah harga perbandingan masing-masing pada 9 Oktober 2023 12:00 AM

Harga Uncang Emas

Harga GAP

Video penerangan Uncang Emas secara terperinci

Inilah maklumat berkenaan kedua-dua syarikat emas dan kita boleh membuat pilihan sendiri mengikut mana yang lebih baik. Jadi mana satu syarikat emas pilihan anda? Komen dibawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *