Perlawanan paling sukar bagi kita adalah menentang nafsu.
Sebagai manusia biasa kita mempunyai nafsu yang mana perlu dikawal. Ini adalah salah satu ujian kita dari Pencipta.
Akibat dari nafsu boleh membinasakan kita. Ramai antara kita terperangkap dalam jerat marketing yang rata-rata membuatkan kita rasakan kehendak menjadi keperluan.
Sebangai contoh mudah, kita perlukan smart phone. Ada banyak model dalam pasaran dan harganya sangat berbeza. Untuk model yang mahal, ia menyajikan jenama yang baik, fungsi yang pelbagai dan kebanyakannya kita tidak perlukan. Mereka buat kita rasa kita perlu menggunakannya.
Disebabkan harga yang tinggi, ia didatangkan dalam pakej-pakej tertentu yang membolehkan kita membelinya dengan komitmen bulanan. Disini menyebabkan kita mula membelanjakan wang yang belum kita perolehi (baca: hutang).
Sekiranya kita fikir kembali, kita boleh membuat pilihan yang lebih tepat bersesuaian dengan keperluan kita. Kemudian baru kita buat keputusan.
Walaubagaimana pun, jumlah wang di akaun bank kita atau baki pendapatan bulanan akan menjadi faktor paling pentingkan? Jika kita ada wang yang cukup atau lebihan pendapatan, ini amat mempengaruhi keputusan kita. Nafsu mula memainkan peranannya.
Pelbagai justifikasi akan keluar dari diri kita untuk dapatkan model terhangat dipasaran.
Bayangkan kita tidak ada sejumlah wang yang cukup atau tiada lebihan pendapatan. Awal-awal lagi kita akan mengeluarkan model premium dari senarai pilihan kita. Setuju?
Sebab inilah pakar-pakar kewangan menasihatkan kita untuk membuat simpanan paksa dengan cara mula menyimpan apabila gaji. Bukan setelah tinggal baki. Ini adalah teknik simpanan paksa.
Untuk yang telah berjaya buat langkah ini saya ucapkan tahniah!
Tetapi hari tidak sentiasa cerah. Bila lihat nilai simpanan semakin membukit, nafsu akan mula memberontak untuk berbelanja. Wang simpanan tadi perlu kita tukar bentuk kepada aset kecil supaya kita tidak belanjakannya.
Emas merupakan salah satu instrumen yang dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah ke 2 ini.
Aset lain ialah kita boleh beli hartanah. Kini adalah masa yang baik kerana banyak hartanah kini dijual pada harga rendah dari pasaran. Ini disebabkan kemelesetan ekonomi yang melanda global. Banyak syarikat mengecilkan operasi menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.
Jika kita membeli hartanah, pastikan kita kekal kukuh dalam pasaran kerja. Sekiranya tidak, kita akan bersedih kerana perlu jual hartanah yang baru dibeli dan menanggung kerugian akibat hutang bank. Ini antara risiko apabila melibatkan hartanah.