Teknik Simpanan Terulung





Dari kecil sehingga dewasa kita dididik menyimpan wang tetapi masih gagal untuk menjadi kaya. Sering kita keluhkan yang kaya semakin kaya, wang bukan segalanya tapi segalanya memerlukan wang, kos sara hidup semakin meningkat dan pelbagai lagi. Kunci kepada masalah ini hanya 2:

  1. Menyimpan
  2. Tambah pendapatan.

Tapi sering juga kita gagal diperingkat pertama, apatah lagi peringkat kedua. Walau bagaimanapun, perasankah kita atuk kita semua kebanyakannya berjaya mengumpul harta berkoyan-koyan? Kemana perginya kebolehan keturunan kita mengumpul harta?

Selalu saya dengar kisah adik-beradik berebut harta warisan. Dan penyudahnya harta ini akan terlepas dari pengangan keluarga dan terjual. Yalah, siapa tak mahu duit mudahkan? Baik, disini saya ingin berkongsi 1 mindset menyimpan.

Kegagalan utama untuk teknik pertama ini adalah mindset. Ianya didalam minda kita. Dari kecil kita dididik untuk menyimpan baki duit belanja sekolah. Teknik ini sesuai pada zaman dahulu dimana masih kurang media dan perniagaan yang menggoda. Cara pemasaran kini menggunakan pelbagai teknik dan semakin berstruktur serta professional. Mereka menggunakan pakar psikologi dalam mengeluarkan sesuatu iklan produk. Maka ia semakin menggoda emosi kita untuk membeli.

Mindset

Dengan mindset yang betul, tabung kita makin berisi. Mari saya kongsikan caranya.

  1. Keutamaan menyimpan adalah sama dengan keutamaan bajet makan kita dan susu anak. Jadi memang tak boleh gagal setiap bulan. Awal-awal dapat gaji terus kita asingkan dan masuk kedalam akaun yang sukar untuk kita keluarkan seperti Tabung Haji. Keutamaan ini melebihi bil-bil bulanan. Kita akan dapati corak perbelanjaan kita berubah dalam tempoh 3 bulan. Tunggakan bil-bil akan selesai dan kita mula miliki simpanan.
  2. Utamakan tabung kecemasan. Wang ini hanya untuk kecemasan seperti kenderaan rosak tiba-tiba, kesihatan, kecurian, kebakaran dan yang paling kita taknak terjadi adalah kehilangan pekerjaan. Jika tiada sebab-sebab lain yang mendesak seperti ini, jangan usik simpanan ini. Target untuk miliki sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan dalam dana ini. * Peringatan: Dana ini bukan untuk apa-apa pelaburan.
  3. Setelah tabung ini penuh, teruskan cara simpanan ini untuk pelaburan menuju kekayaan.

Peruntukan

Baik, bila mindset menyimpan telah betul maka tibalah kepada banyak mana yang perlu kita peruntukan untuk simpanan. Paling minima mulakan dengan 10% dari pendapatan kita jika kita jenis dapat pendapatan tetap setiap bulan. Jika pendapatan adalah berbentuk komisyen, tingkatkan lebih dari 10%. Mungkin boleh pergi sampai 50% bergantung kepada komisyen. Ini adalah Teknik Simpanan Terulung.

Fokus utama adalah memenuhkan dana kecemasan ini. Saya tidak sarankan anda untuk simpan emas jika anda tidak punyai dana kecemasan yang mencukupi. Tapi jika anda jenis tak dapat tahan nafsu bila lihat simpanan makin meningkat, membeli emas adalah ubatnya untuk membantu anda memenuhkan tabungan.

Kemas kini 20 Ogos 2017

Untuk peroleh ukurankejayaan kita menyimpan, kita perlu kira networth kita. Katakan kita mahu mula menyimpan hujung bulan ini, sekarang kita boleh mula kumpul data kewangan dan terus kira networth terkini. Setelah melaksanakan Teknik Simpanan Terulung selama 3 bulan, kita kemaskini semula kiraan networth kita. Pasti anda terkejut kerana saya telah lakukannya dan dapati meningkat 20%.

Untuk lebih senorok, saya cadangkan supaya kita membaca buku Maharaja Wang tulisan Tn Azizi Ali. Saya banyak belajar darinya melalui buku dan perkongsiannya.