5 Langkah Bijak Menyimpan Duit Raya Anak Kita

Duit raya menjadi penyeri sambutan setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Sudah menjadi budaya masyarakat kita yang sangat baik iaitu bersedekah dihari yang mulia. Sedikit tips dari saya, berikanlah duit raya pada hari terakhir Ramadhan sebelum berbuka. InsyaAllah kita peroleh ganjaran bersedekah dalam bulan ibadah. Bila hari raya bagi RM1 je. Hehe 😉

Baik, berikut adalah beberapa pilihan yang kita ada untuk menyimpan duit raya anak-anak kita:

  1. AHB – Amanah Hartanah Bumipurta. Ia adalah sejenis dana amanah yang melabur hanya di sektor hartanah. Keuntungannya adalah dari pemilikan aset hartanah dan penyewaannya. Dana ini memberikan pulangan setiap 6 bulan. Ini bermakna 2 kali setahun (bulan Mac dan September). Kadar dividen adalah 6.6% setahun. Dividen ini dimasukkan terus ke akaun simpanan atau semasa Maybank. Jadi kita boleh pindahkan ia ke instrument lain seperti Tabung Haji. Amaun minimum adalah RM100 untuk membuka akaun dan RM50 untuk menambah simpanan berikutnya.
  2. Tabung Haji – Ia adalah simpanan untuk mengerjakan haji. Sekiranya anak kita belum mendaftar haji, bolehlah kita fokus bagi mencukupkan amaun didalam akaunnya untuk pendaftaran haji. Ketika anak saya baru lahir, saya gunakan duit hadiah dari orang ramai kepadanya untuk membuka dan mendaftarkan haji untuknya. Gilirannya adalah apabila dia berumur 60 tahun. Kadar bonus adalah 4.25% + 1.5%. Bonus ini akan terus dimasukkan kedalam akaun yang sama.
  3. Emas – Ia adalah 1 lagi alternatif pelaburan jangka panjang. Kita kini boleh membuka akaun simpanan emas untuk anak-anak kita. Kini terdapat akaun emas yang disokong oleh emas sebenar. Jadi kita boleh mengambil emasnya apabila perlu. Kelebihannya ialah ia terlindung dari kesan kejatuhan ringgit dan ketidakstabilan ekonomi. Jika dilihat dari data 13 tahun, emas menunjukkan keuntungan purata 21.95%. Sekiranya perlu menggunakannya, kita hanya perlu menjual atau pajak sahaja. Amat sesuai dijadikan sebagai dana pendidikan. Sekiranya anda berminat menyimpan duit raya anak tersayang ke dalam akaun emas, klik disini.
  4. ASB – Amanah Saham Bumiputera. Ia adalah dana yang melabur dipelbagai sektor. Ada pelbagai pendapat mengenai status syariahnya, namun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan ia adalah harus. Kadar dividen tahunan purata adalah 7.2%
  5. SSPN-i – Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Ia adalah 1 cara menyimpan dana pendidikan. Syarat untuk melayakkan anak kita membuat pinjaman PTPTN adalah memiliki simpanan dalam akaun SSPN-i. Pelbagai tawaran di sediakan kepada penyimpan disini antaranya takaful (hanya untuk pakej berlian), geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai (terhad RM6000 setahun. Nilai ini akan ditolak dari nilai pendapatan kena cukai. Jika anda adalah pembayar cukai, ini adalah peluang terbaik. Kadar keuntungan purata untuk RM6000 ini boleh naik kepada 24%  hasil tambahan untuk purata 4% dan 20% pengecualian cukai). Kadar keuntungan purata adalah 4%.

Jadi kini kita boleh memilih untuk menyimpan duit raya anak kita dimana-mana instrument yang dinyatakan. Jangan duit raya habis beli mercun 😉

Abd Hadi Abd Halim

12 Ramadhan 1438

*Mohon share sekiranya bermanfaat untuk anak-anak kita.

Kredit foto: thestar.com.my