Menyingkap Potensi Emas

Izinkan saya bercerita sedikit tentang potensi emas. Mungkin ada yang salah faham. Emas mempunyai sejarah yang amat panjang (panjang disini adalah ribuan tahun, ada tak matawang yang mempunyai sejarah sepanjang ini? Jika ada, ianya hanya di muzium). Sehinggakan puluhan buku bercerita mengenainya malah mungkin ribuan buku jika diambil kira dari semua negara.

Bercakap mengenai emas, kita tidk dapat lari dari menyebut nama Presiden Amerika yang ke-37 iaitu Encik Richard Nixon. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengalih sandaran USD pada emas kepada hanya jaminan kerajaan US. Sejak itu emas mula melepaskan diri dari harga yang tetap.

Prestasi Emas

Harga emas hari ini menjejak harga tertinggi dalam sejarah Malaysia (bukan dunia). Harga emas bukanlah sentiasa menaik dan kenaikannya bukanlah suatu yang tetap. Apa yang perlu kita lihat, harganya naik dan turun setiap hari. Walaubagaimanapun, mari kita lihat corak kenaikannya dalam tempoh 13 tahun. Peratusan purata kenaikan setiap tahun adalah 21.95% yang menjadikan jumlah keseluruhan kenaikan sebanyak 285.46% untuk tempoh 13 tahun. (Ini boleh dikira sebagai pelaburan terbaik tapi jangan senyum dahulu!)

Dalam tempoh 13 tahun ini, ada ketika emas menurun harganya untuk 1 tempoh yang agak lama. Ini telah membuatkan ramai pelabur emas menarik diri dari pelaburan emas. Namun penyimpan emas masih meneruskan simpanan dan menikmati detik indah kerana dapat meningkatkan pemilikan emas dengan kos yang lebih rendah.

Kejatuhan nilai ringgit telah memacu kenaiknan harga emas di Malaysia sejak 2 tahun lepas. Sesiapa yang telah menyimpan banyak ringgit, mereka telah kehilangan nilai sekurang-kurangnya 30% pada masa tersebut. Manakala penyimpan emas dapat mengekalkan nilai kekayaan mereka. Ini adalah salah satu fungsi emas.

Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas

Mari kita lihat harga emas dalam USD. Ia kini masih belum menjejak tahap tertinggi. Sekiranya emas menjejak USD2000/ oz, maka harga emas di Malaysia akan mencecah RM305/gram sekiranya kadar tukaran ringgit adalah tetap. Pelbagai jangkaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa, namun pergerakan harga ini bukan hanya pada faktor kira-kira sahaja (jika tidak, sudah ramai pensyarah dan guru Matematik sudah jadi kaya-raya). Emosi pelabur juga memainkan faktor yang besar, geopolitik, NonFarm Payrolls (NFP), index DOW, Federal Reserve, ekonomi dan matawang. Semua ini mempegaruhi harga emas dan ia amat kompleks untuk kita fahami dalam 1 hari.

Sebagai contoh, tiada siapa yang menyangka US akan melancarkan serangan ke Syria baru-baru ini. Ini telah menggerakkan harga emas. Oleh yang demikian, kita jangan bazirkan emosi semasa menyimpan emas. Kita tak perlu memeriksa harga setiap hari kerana kita adalah penyimpan emas dan kita punyai matlamat jangka panjang. Harga emas patut sentiasa diperiksa oleh pelabur-pelabur emas dimana mereka melabur dengan amaun yang banyak iaitu lebih dari RM100,000.00.

Sekiranya emas naik 10%, mereka akan peroleh keuntungan yang berbaloi dengan usaha mereka memeriksa dan belajar tentang harga emas. Jika kita adalah penyimpan emas sebagai contoh diri saya sendiri, katakan saya ada 100g emas yang dibeli pada harga RM175/g dan harga meningkat RM20/g. Keuntungan saya adalah RM660.00 setelah ditolak spread. Keuntungan ini adalah 3.8% dalam tempoh 5 bulan. Ia agak berdaya saing dengan pelaburan yang lain. Jika ia mengekalkan prestasi ini, ia bersamaan 9.12% (ini angka yang sangat baik)

Fokus Menyimpan Emas

Oleh itu, beruntunglah penyimpan-penyimpan emas yang fokus kepada berat simpanan emas dan mengikuti nasihat ini. Jimat emosi dan jimat tenaga. Selalunya dealer-dealer akan maklumkan kepada pelanggan apabila harga jatuh. Tetapi jangan salahkan dealer jika harga makin jatuh atau apabila harga naik dan ia terus menaik kerana tiada siapa pun yang tahu apakah harga emas pada esok hari. Semuanya adalah jangkaan berdasarkan data-data yang ada.

Walaubagaimana pun, manfaat menyimpan emas untuk jangka panjang adalah sangat besar dah sudah terbukti dari sejarah ribuan tahun dahulu. Selagi emas bukan sandaran kepada matawang (wang fiat), maka selagi itu kita perlu menyimpan emas fizikal. Sama ada untuk melindungi kekayaan atau simpanan jangka panjang. Harga yang tinggi pada hari ini tidak bermakna ia adalah tinggi pada masa akan datang. Sebagai contoh, harga pada 21 Mar 17 iaitu RM191/g merupakan harga yang tertinggi pada masa itu. Pada hari ini RM195/g merupakan harga yang tertinggi. Pastinya kita tidak boleh membeli emas dengan harga RM191/g pada hari ini kerana harga adalah mengikut pasaran. RM191/g adalah murah berbanding harga hari ini RM195/g.

Mulakan langkah menyimpan emas fizikal dengan memilih emas fizikal terbaik.