Spread the love

Harga emas naik tertinggi dalam sejarah negara. Satu perkembangan yang mengejutkan dalam dunia emas. Kalau tahu harga akan naik ke RM213, bagus borong masa RM170. Tapi seperti biasa, emas sentiasa dianggap mahal pada bila-bila masa. Masa harga RM170, ia masih dianggap mahal. Emas tak pernah murah.

Pada tahun 1996, harga emas dalam lingkungan bawah RM50. Sangat murah bukan? Tapi sudahkah anda memiliki 500 gram emas? Jika kita lihat dari sudut harga USD, emas belu berada dalam harga tertingginya. Harga tertinggi emas dunia adalah USD 1919/oz, kini hanya USD 1500 /oz. Ini menunjukkan emas mampu naik sebanyak 27.9% dari nilai sekarang. Kalau kita kira ikut RM, ia akan mencapai RM268/gram. Begitulah sedikit perkongsian kiraan harga emas terkini.

Menyimpan emas mempunyai pelbagai lagi kelebihan selain dari keuntungan apabila berlaku peningkatan harga. Ia melindungi nilai simpanan dan mengelakkan kebocoran duit setiap bulan. Cubalah menyimpan emas untuk merasai sendiri keistimewaannya.

 

Abd Hadi Abd Halim,

Pontian,

19 Ogos 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *