Spread the love

Masalah ini amat meruncing kepada anak muda. Ia dipisahkan dengan  garis nipis antara keperluan dan kehendak. Ada diantara kita tiada duit adalah disebabkan punca pendapatan terlalu sedikit dan mempunyai tekanan hidup yang besar seperti diuji dengan kesihatan yang tidak baik sama ada diri sendiri atau ahli keluarga dan yang lebih menyayat hati adalah berhutang akibat menjamin saudara-mara atau kawan.

Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah mereka yang memerlukan perhatian khusus. Saya amat yakin mereka amat berjimat-cermat.

Namun saya percaya ada ramai duduk dalam kelompok kedua. Kelompok ini lebih mudah keluar dari masalah ini. Kita dapat keluar melalui beberapa strategi seperti berikut:

  • Hantar anak ke sekolah tadika kerajaan, dapat jimat belanja rm300-600 sebulan. Kualiti pendidikan di tadika ini adalah setanding dengan tadika swasta dimana guru-gurunya adalah terlatih.
  • Gunakan smart phone yang diperlukan sahaja. Ada pelbagai smartphone dipasaran berharga kurang dari rm1000. Disini kita dapat jimat rm2000 untuk smartphone dengan mengelak membeli flagship smartphone.
  • Elak makan dikedai makan hipster. Dibandar ada banyak kedai makan seperti ini. Duit pasti bocor kerana 1 meal pasti menjejak rm25 seorang. Boleh jimat rm50 sebulan kalau kita elak makan disini sebanyak 4 kali sebulan.
  • Guna line phone yang jimat. Tak perlu guna line post-paid yang akan menelan belanja yang tinggi. Boleh jimat rm50 sebulan.
  • Guna motosikal atau pengangkutan awam. Kos menggunakan kereta amat tinggi. Hampir semua orang memiliki kereta memelanjakan hampir 40% pendapatan untuk maintain kereta termasuk bayaran bulanan, maintenance, tol, parking dan kosmetik. Kalau betul-betul perlu, cari kereta second hand atau kereta lelong. Bawa mekanik semasa uat penilaian kereta untuk elak kos tambahan. Sini oleh jimat rm1000 sebulan.
  • Guna perabot minimalis dirumah. Rumah parent kita bukan masuk-masuk sahaja terus lengkap semua. Tak salah kita lengkapkan rumah kita sedikit-sedikit. Cari yang keperluan utama dahulu. Elak membeli perabot menggunakan bayaran ansuran.

Keywordnya disini adalah minimalis. Terlalu banyak perbelanjaan kita yang membuat poket kita bocor setiap bulan dan mengakibatkan kita berasa tiada duit. Saya harap kita dapat cuba laksanakan langkah-langkah ini untuk menjimatkan perbelanjaan dan duit yang dijimatkan kita simpan agar kita dapat mula menjana simpanan yang lebih untuk pada masa memerlukan.

Sekian, wassalam.

Abd Hadi Abd Halim

Pontian, Johor

25 Oktober 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *