Spread the love

Hidup ini memerlukan matlamat yang jelas. Bagi seorang muslim, matlamat hidup yang utama adalah mendapat redha dari Allah dan menuju syurgaNya di akhirat nanti.

Perasankah kita sejak kecil kita telah mencapai pelbagai kejayaan dalam hidup dan ia membuatkan kita bahagia. Kita telah bijak merangka tujuan singkat dan berjaya mengecapinya. Namun tidak semua impian tercapai. Semakin kita dewasa impian kita mula berubah dan ada antara impian ini tidak pernah kita fikirkan dahulu.

Hidup umpama layang-layang yang terbang di awan. Apabila kita mempunyai azam yang teguh umpama tali yang mengikat layang-layang, perjalanan hidup kita sentiasa menuju puncak destinasi yang ditujui. Tanpa matlamat akan membuakan kita lemah dan hilang punca. Pasti hidup begitu membosankan.

Saya telah mencapai pelbagai kejayaan yang saya impikan dahulu. Saya merasa sangat gembira apabila mencapainya tetapi setelah itu, saya perlu mewujudkan matlamat yang lain supaya ia memberi 1 cabaran baru. Seperti kita bermain futsal, pada mulanya kita melawan pasukan yang lemah. Lama kelamaan kita semakin mahir dan mula mencari pasukan yang lebih hebat untuk bertanding dan ia amat menyeronokkan. Jika kita mula bermain dan terus melawan pasukan yang hebat, pastinya selepas itu kita melupakan sahaja permainan futsal.

Impian Kecil

Oleh itu dalam mengejar impian ulung, pelbagai impian kecil perlu ada dan pastikan impian-impian kecil ini adalah on track dengan impian ulung. Harus diingat, apabila mengecapi impian ulung pastinya kita memerlukan impian yang lain pula. Barulah hidup ini akan lebih bermakna.

Semua orang mahu menjadi kaya walaupun pada mulutnya menyatakan dia tidak mahu mengejar wang ringgit. Tetapi dia tetap mahu menjadi kaya pada hakikatnya. Dalam erti kata lain, bebas kewangan. Contoh bebas kewangan adalah seperti telah tiada hutang untuk dibayar, mempunyai duit yang cukup untuk berbelanja meneruskan kehidupan dan juga menikmati kehidupan dengan pergi bercuti bersama keluarga, rumah dan kenderaan yang selesa, membantu saudara mara dan orang sekeliling. Yang pasti semua ini dapat dilakukan dengan keadaan kita tidak perlu bekerja. Ini adalah keadaan bebas kewangan. Seronok bukan?

Percayalah kata-kata saya apabila kita kecapi tahap itu, kita akan mula mencari lagi matlamat baru. Mungkin kita boleh didik orang lain untuk berjaya seperti kita. Maka bila melihat mereka berjaya, kita juga akan merasa gembira. Nikmatilah setiap detik yang kita lalui dan sentiasa bersyukur kepadaNya dengan apa yang kita ada. Sentiasalah membandingkan diri kita dengan orang yang kurang dari kita supaya kita sentiasa bersyukur. Ini akan membuatkan diri kita sentiasa positif dan sihat. Baru kita dapat menikmati hidup. InsyaAllah redha Allah kita perolehi dengan hati yang ikhlas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *