Spread the love

Emas tidak lari dari harga jual beli dalam nilai matawang. Emas adalah wang yang sebenar dan matawang adalah terbitan dari emas.

 

Simpan Nilai

Oleh yang demikian, emas sentiasa menyimpan nilainya sendiri. Emas tidak dapat dimusnahkan. Ia hanya boleh diubah bentuk sama ada jongkong, kepingan, syiling, serbuk dan topeng muka (!)

Topeng ini diperbuat dari emas 24k yang dijual di Jepun

Harga jualannya ialah 4500 yen bersamaan RM175.50 ketika itu

Walau apapun bentuk emas, ia masih bernilai. Sama ada diketuk, dibakar, dipotong atau dicanai mahupun ditempa ia tetap sama. NIlainya kekal sepanjang zaman.

Simpanan 

Naluri manusia sentiasa tertarik kepada emas. Jadi apabila kita miliki emas, perkara pertama yang akan bermain diminda ialah mana nak simpan dengan selamat? Ini adalah fitrah manusia. Kita sering lihat orang letakkan hp bernilai lebih kurang RM2500 di atas meja di kedai makan tetapi jika kita ada emas 1 gram (harga kini dibawah RM200) sudah pasti kita takut untuk letak di atas meja. Oleh itu kita akan sentiasa nak simpan, jauh sekali untuk menjualnya. Maka lama-kelamaan emas kita semakin banyak akibat dari sentiasa beli dan tak jual-jual.

Ubat penyakit boros

Seronok pada duit adalah belanja. Jadi bila belanja, berbelanjalah dengan membeli asset. Cuma mana nak cari asset yang boleh beli runcitkan? Semua asset bernilai ratusan ribu ringgit. Hanya emas sahaja asset yang boleh dimiliki secara runcit dengan hanya beli 1 gram atau 0.5 gram.

Ini adalah satu kelebihan jika anda memang peminat emas. Maka bukan sahaja terubat jiwa bila dapat berbelanja malah berbelanja kepada asset yang utuh.

1 lagi kelebihan adalah anda akan mula membandingkan harga barangan lain dengan berat emas, kemudian minda anda akan mula membuat justifikasi untuk beli atau tidak. Selalunya memang tak beli sebab rasa tak berbaloi. Nah! Selamatlah poket anda dari boros.

Terlindung dari kejatuhan ringgit

Perkara ini memang tak dapat nak dinafikan lagi. Ia telah terbukti dan memang mempunyai asas yang sangat kukuh. Emas adalah komoditi dunia, oleh yang demikian harganya ditentukan di peringkat global.

Apabila ringgit jatuh teruk pada tahun 2015, harga emas dunia tidak terjejas bahkan harga emas di Malaysia meningkat naik. Ia hanya disebabkan nilai ringgit melemah maka harga emas di negara kita meningkat. Oleh itu, dengan menyimpan emas kita akan terlindung dari kesan kejatuhan matawang.

Peluang berniaga emas

Jika tidak cukup dengan ke semua kelebihan di atas, anda bolehlah mula meniaga emas yang mana semestinya ini adalah kategori paling cepat membuahkan hasil. Peniaga sentiasa mengutamakan keuntungan. Sudah dikatakan 9/10 punca rezeki itu adalah dari perniagaan.

Meniaga emas ini ada 2 cara iaitu beli dengan harga murah dan jual dengan harga tinggi (kita perlu ada modal yang besar untuk membeli dahulu). Teknik berniaga emas sangat luas. Ada yang gunakan Arrahnu, ada yang membeli dari penyimpan emas dan jual kepada penyimpan yang lain dan pelbagai lagi. Cara ini adalah saya kategorikan sebagai peniaga tegar.

Manakala cara kedua adalah melalui cara memperkenalkan pelanggan kepada penjual emas dan kemudian penjual akan memberikan komisyen jualan kepada kita. Cara ini lebih mudah dan modalnya tak berapa besar. Jika minat nak berniaga emas menggunakan cara ini, boleh hubungi saya.

Kesimpulan

Pendek kata emas mempunyai pelbagai kelebihan yang lain selain dari buy low sell high. Bukan hanya keuntungan % dari pokok simpanan sahaja tetapi kelebihan tersirat yang diceritakan di atas tadi.

Setelah saya menyimpan emas dan menjadi peniaga emas, saya mula belajar banyak perkara dan Nampak pelbagai kelebihan emas.

Kalau tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Kalau tak menyimpan gaji bulanan, mana nak dapat emas simpanan.

 

Abd Hadi Abd Halim

Teluk Siam

1 Ogos 2017

4 thoughts on “Kelebihan Emas Selain dari Buy Low Sell High”
  1. Assalam en hadi.. bagaimana nak jadi ahli n beli emas power gold? Cawangan PG batu pahat d mana ya

    1. Wslm puan. Setiap pelanggan yang membeli emas dengan public gold, akan menjadi ahli. Saya adalah dealer Pontian dan cover batu pahat. Pun boleh hubungi saya melalui wassap 0197781477 untuk lebih mudah saya bantu.

    1. Ibu Erna, jika kita menyimpan uang, sering kali kita lihat pada angka simpanannya. Bila angkanya bertambah, sukar untuk kita kawal nafsu berbelanja. Jadi sering kali simpanannya bocor. Tapi bila kita simpan emas, nafsu kita mau simpan emas semakin banyak. Terlalu sayang untuk jual semula.

      Kadang-kala saya pun beli emas dari customer, dengan rencana mahu dijual kembali. Ternyata bila sudah beli emasnya, berat betul hati saya mahu jual. Jadi saya simpan sahaja. Lambat laun, simpanan kita akan semakin banyak dan bernilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *